eCommerce WordPress Themes

Selamat Datang ke Evotooth Platinum

Perlindungan Licin, Selamat, dan Semulajadi

Mengenali Evotooth Foam, penjagaan gigi masa depan. Buih berus gigi tanpa bahan lelasan dan semulajadi melindungi gigi anda daripada lelasan, hipersensitiviti, dan kesan kotoran, serta mencegah bibir kering. Cubalah Evotooth dan senyum dengan keyakinan!

Produk Kami

Temui Kuasa Evotooth Foam

Memperkenalkan Evotooth Foam

Revolusi Pembersihan Gigi

Selamat datang ke generasi baru dalam pembersihan gigi dengan revolusi Evotooth Foam. Dicipta demi keselesaan dan kesihatan anda, produk canggih ini menawarkan pendekatan menyeluruh dalam penjagaan mulut, mengatasi masalah biasa seperti bibir kering, lelasan akar gigi, nafas berbau, dan hipersensitiviti.

Tahun-tahun Inovasi
0 +
Pelanggan Gembira
0 +
Kepuasan Pelanggan
0 -Star

Pencegahan Bibir Kering

Evotooth foam tidak mengandungi buih kimia SLS atau SLES yang boleh menyebabkan bibir kering terutamanya bibir bawah.

Lihat Lebih Lanjut

Hipersensitiviti dan Lelasan Gigi

Hipersensitiviti dan lelasan akar gigi adalah isu biasa yang disebabkan oleh penyusutan gusi dan bahan lelasan dalam ubat gigi. Ubat gigi mengandungi silika terhidrat untuk melelaskan kotoran dari permukaan gigi. Malangnya, zarah-zarah kecil ini lebih keras daripada dentin akar gigi dan penggunaan jangka panjang akan menyebabkan lelasan akar gigi dan hipersensitiviti gigi.

Lihat Lebih Lanjut

Salutan Perlindungan Gigi

Evotooth Foam membentuk salutan(coating) pelindungan pada permukaan gigi. Salutan ini melindungi gigi kita daripada hipersensitiviti, pewarnaan gigi dan diet berasid.

Lihat Lebih Lanjut

Mikrobiom Mulut yang Sihat

Mikrobiom mulut yang sihat ialah gabungan bakteria, kulat dan virus yang seimbang di dalam mulut, penting untuk mencegah masalah seperti kaviti, penyakit gusi, nafas berbau dan banyak lagi.

Lihat Lebih Lanjut

Kisah Kami

Kelahiran Evotooth

Semenjak lebih 14 tahun, saya mengubah pemahaman saya tentang pembersihan gigi Sebagai seorang doktor gigi yang berpengalaman 30 tahun , saya telah menyaksikan masalah bahan pembersihan gigi tradisional iaitu ubat gigi. Bukan hanya di kalangan pesakit saya tetapi juga dalam keluarga saya sendiri. Sebagai seorang doktor gigi, saya tak pernah menyangka bahawa lelasan akar gigi akan terjadi pada diri saya sendiri.

Sekitar 70% pesakit saya mengalami masalah bibir kering dan lelasan akar gigi, saya berusaha untuk mencari alternatif yang lembut namun berkesan. Batasan ubat gigi konvensional menjadi jelas, mendorong saya untuk menginovasi sesuatu yang sejajar dengan nilai saya sebagai profesional penjagaan kesihatan gigi.

Misi Kami

Masa Depan

Memperkenalkan Evotooth ke pentas dunia, revolusi buih gigi yang dicipta untuk kebersihan gigi dan kesihatan mulut optimum. Misi kami adalah untuk menyediakan alternatif yang lebih selamat dalam penjagaan gigi serta melindungi alam sekitar.
Di Evotooth, kami mementingkan senyuman dan kesihatan anda.

Sertailah kami dalam perjalanan ini untuk meningkatkan taraf penjagaan gigi dan mulut.

Cuba Evotooth Foam Hari Ini

Alami Penjagaan Mulut Masa Depan

Dengan Evotooth Foam, anda akan menikmati penjagaan gigi dan mulut yang lebih licin, selamat, dan berkesan. Ucapkan selamat tinggal kepada bibir kering, kepekaan gigi, dan pewarnaan gigi.Cubalah sekarang dan saksikan perbezaannya sendiri!

Mengapa Memilih Evotooth Foam

Revolusi Pembersihan Gigi

Penggunaan & Langkah berjaga-jaga

Arahan untuk penggunaan yang selamat dan berkesan

Penggunaan:
1.Memberus Gigi
Tekan satu atau dua pam buih ke dalam mulut, kumur 5 saat dan mula memberus dengan leher menegak. Pembersihan gigi meningkat dengan gergaran berus elektrik.

2.Kumur Mulut
Tekan buih ke dalam mulut dan kumur dengan sedikit air.

Langkah-langkah berjaga-jaga:

  1. Simpan di tempat yang sejuk dan kering. Elakkan daripada terkena cahaya matahari secara langsung.
  2. Jangan telan. Berkumurlah dengan air secukupnya selepas memberus gigi.
  3. Elakkan daripada terkena mata. Bilas dengan air bersih jikalau berlaku sentuhan secara tidak sengaja.
  4. Alahan boleh berlaku walaupun pada kandungan semulajadi yang tinggi. Rujuk doktor sekiranya berlaku.
  5. Untuk memastikan pengalaman terbaik dan keberkesanan produk, sila gunakan buih gigi ini dalam tempoh 3 bulan selepas dibuka.