Evotooth Platinum diasaskan dengan kepercayaan bahawa penjagaan mulut boleh menjadi lembut dan berkesan. Ubat gigi tradisional sering menyebabkan lelasan dan ketidakselesaan, terutamanya bagi mereka yang mempunyai gigi sensitif. Pasukan pakar pergigian dan inovator kami berusaha untuk mencipta penyelesaian yang bukan sahaja membersihkan tetapi juga melindungi gigi. Maka, lahirlah Evotooth Foam – produk revolusioner yang menangani masalah kesihatan mulut yang biasa seperti lelasan gigi dan bibir kering sambil memberikan pengalaman memberus yang menyegarkan.
Kami menggalakkan pembersihan gigi yang lebih efektif ,selesa serta selamat untuk manusia dan alam sekitar. Evotooth Platinum berdedikasi untuk memajukan inovasi penjagaan gigi dengan teknologi terkini dengan bahan semula jadi demi mengutamakan kesihatan anda.
Misi Evotooth Platinum adalah merevolusikan cara penjagaan gigi dengan solusi yang lebih selamat,semulajadi dan inovatif . Produk utama kami, Evotooth Foam, adalah yang pertama seumpamanya – direka untuk melindungi gigi, mengurangkan kepekaan, dan meningkatkan kesihatan gigi keseluruhan tanpa merosakkan struktur gigi.
Membentuk salutan perlindungan pada permukaan gigi untuk mencegah kepekaan lelasan dan kesan kotoran.
Membersihkan gigi dengan formula tanpa silika terhidrat untuk mencegah lelasan pada gigi.
Buih pembersih berasaskan tumbuhan semula jadi mempunyai biodegradasi yang sangat baik. Evotooth Foam juga bebas daripada SLES, SLS, Fluorida, Titanium Dioksida dan Triclosan.
Evotooth Foam membentuk salutan licin pada permukaan gigi dan berupaya mencegah perwarnaan daripada makanan dan minuman.
Salutan perlindungan menutupi microtubules pada dentin akar gigi dan mengurangkan rangsangan saraf.
Tidak mengandungi buih kimia SLS/SLES
Nafas segar bertahan lebih lama dengan salutan.
Salutan membentuk medium pelincir pada permukaan gigi untuk meminimumkan geseran antara gigi atas dan bawah.
Tidak mengandungi buih kimia dan bahan kimia toksik
Bahan pembersihan gigi yang dicipta oleh seorang doktor gigi yang berpengalaman 30 tahun.
Penggunaan:
1.Memberus Gigi
Tekan satu atau dua pam buih ke dalam mulut, kumur 5 saat dan mula memberus dengan leher menegak. Pembersihan gigi meningkat dengan gergaran berus elektrik.
2.Kumur Mulut
Tekan buih ke dalam mulut dan kumur dengan sedikit air.
Langkah-langkah berjaga-jaga:
Evotooth Platinum Sdn Bhd, kami berdedikasi untuk merevolusikan cara anda menjaga kesihatan gigi.
Copyright © 2025 Evotooth Platinum Sdn. Bhd. 202301021919 (1515842-K) | Laman Web Diuruskan Oleh Lucianize